March 7, 2012

March 6, 2012

sedikit melankolia


AMARAN : ini adalah entri yang sedikit melankoli.

***************************************

lama dah, aku pasang niat nak lupakan je terus menerus mencipta kehidupan di Kolumpo ni. hari demi hari demi hari demi hari demi hari sampai satu harap jadi dem...damn!! takde apa! takde hasil!

satu, satu perkara jadi dalam diri aku yang buat aku rasa jatuh dan jatuh. pengalaman ditipu, diletak pada tahap lantai, ditekan dalam keadaan yang tidak sepatutnya, disindir, dipandang sebelah mata... ah macam macam lagi lah! aku tempuh. aku lalui semua isi dunia. tapi hari ni, masa ni, saat dan ketika ni rasa tu datang lagi. rasa ah-sudah-lah tu kembali. tapi kali ni lagi kuat. lagi dalam dari yang sebelumnya.

kekuatan aku selama ni adalah Yong aku. yang kami sama sama cari makan di Kolumpo. keduanya kehidupan aku. yang walaupon indah di mata manusia tapi sakit di sisi aku, ye, itu buat aku kuat. kawan kawan di UiTM yang sama sama menuntut. walau baru 2nd sem, itu manusia kiri kanan aku yang setia bersama. kemudian, manusia silam. siapa manusia silam?? orang orang terdahulu yang aku kenal. yang kenalkan aku pada dunia Kolumpo. yang bagi aku rasa kehidupan kat sini. kadang kadang tak bagus hidup dengan kenangan. tapi bagi aku, kenangan yang mengajar aku. jadi aku nak ingat dia.

persekitaran di Kolumpo pon antara sebab aku sayangkan dia. walau sesak dengan manusia dan kenderaan, sesak dengan orang orang sakit otak, sesak dengan kesesakan. itu buat aku sayang nak tinggalkan Kolumpo. aku rasa, perkara paling aku rindukan kalau aku tinggalkan Kolumpo adalah Jalan Bukit Bintang. kenapa entah aku banyak cipta dan peroleh kenangan kat situ. jalan jalan sambil minum kopi, makan coklat sambil tunggu bas RapidKL, makan nasi arab The Roof, tengok orang buat persembahan. gelagat orang berkejar sini sana. si ayam dengan bapak dan mak nya.Nasi Ayam Hainan. indahnya.

keadaan kualiti hidup aku taklah teruk sangat di Kolumpo. cukup makan pakai dan tinggal. cumanya untuk berlebih lebih demi kesejahteraan tu, takde. untuk aku buat umrah dengan keluarga, tak kesampaian lah. untuk aku jadi orang yang boleh harap dalam keluarga, lambat lagi lah. dan kerana itu aku bersedia nak tinggalkan Kolumpo. lagipon Ipoh kampung aku. tempat lahir dan membesar. tempat orang tua aku. kalau apa apa, senang untuk aku berada di sana. tapi sedih pulak bila aku pandang atmosfera bilik aku yang selesa dengan katil dan set bilik tidur ni. ruang belajar aku yang disediakan cukup selesa. aku seronok berada dalam bilik aku. sebab sini, dunia aku.

paling penting dan kadang kadang jadi penghalang untuk aku adalah... nak meninggalkan pergi Sayang aku. tak macam tamak ke bila aku nak kejar cita cita sampai terpaksa tinggalkan dia?jejas aktiviti dia yang selama ni melibatkan aku. tapi kalau aku senang, dia pon senang. paling penting aku nak balas balik. semua senang dia bagi pada aku. dan aku nak bayar semua sakit yang dia terpaksa harung semata mata untuk senangkan aku. hati aku. badan aku. sorry Sayang. awak terbaik. tapi ini yang saya rasa yang awak sendiri faham. keluh kesah makcik Esah ni yang selalu kita bincang sama sama. waktu jalan jalan dengan Whitey. waktu saya down dengan kehidupan saya. waktu saya telefon awak suarakan pendapat nak kerja di Singapura dulu. dan ingat lagi, waktu kita ke KLCC, saya cemburu tengok rumah rumah tegap dan tinggi keliling KLCC? saya cakap saya nak jadi macam ni. dan awak cakap, bukan salah saya kalau saya nak rasa senang hidup.

paling penting, aku nak jadi anak, adik dan kakak dalam keluarga yang mana boleh dijadikan dahan bergantung. pokok untuk berteduh. akar yang kuat dan tidak rapuh. kukuh.

lama dah. 8 tahun aku menyulam hidup kat sini. bagai nak gila. tapi dalam pada tu, aku selamat. boleh je aku lalui. indah je semua. memang lah. tapi extra tu tiada. aku nak yang extra tu. kalau tahun tahun lepas, akan ada satu achievement dalam hidup yang aku lakukan, aku rasa kali ni, i'll go for it! bukan nak jadi kaya. soalnya sekarang, aku nak keje, tak makan gaji. tak kena maki. nak bahagiakan family dan diri sendiri. dan untuk itu, satu rencana hidup perlu dilakukan.

mana nak mula, macam mana nak mula?? bismillah hir rahman nir rahim. ingat tuhan. kalau kita ada Allah, kita ada semua. insyaAllah. yang membaca tolong doakan aku. moga dalam tempoh lagi 3 tahun,aku naik pentas untuk grad dan aku pon ada satu kehidupan yang berkualiti. Yong, Abang dan keluarga aku selalu ada sama sama dengan aku.

seorang mantan pernah berkata "ada sesuatu dalam diri awak yang mana kalau awak pandai tonjolkan, itulah kualiti diri awak". tapi sampai sekarang aku cuba selongkar maksud tu.

#The best things in life are the people you love, the places you've seen and the memories you've made along the way.

kembali nanti

February 29, 2012

Aku hamba. Seorang hamba sahaya.


Hjh. Soba dalam kelas MGT 162 dipetik sebagai berkata :
" saat yang paling hampir pada seseorang itu dengan tuhan adalah sewaktu tidur. sebab tu sebelum tidur, jadikan amalan. baca 3 Qul, baca Qursi, sebut malaikat sepuluh, kemudian berdoa. berdoalah sebanyak banyaknya mudah mudahan dimakbulkan. "

Cik Safinaz Samad dalam kelas CTU 151 dipetik sebagai berkata :
" saya bagitau kamu semua, markah kamu semua di hujung jari saya saja. maksud saya, saya mampu, sama ada kekalkan markah kamu atau selamatkan kamu. dari B- kepada B+ mungkin? tapi cuba fikir, apa yang buat saya tergerak nak ubah markah kamu tu? otak saya? hati saya? dan apa yang menggerakkan otak, hati dan jari saya untuk buat semua tu? (sambil tuding jari ke siling, mata memandang sedikit ke atas), Allah. Dia yang gerakkan anggota saya untuk pilih markah kamu jadi lebih atau kekal pada yang sedia ada. tapi bagaimana pula Allah mengarahkan anggota badan saya untuk ubah markah kamu? sebab kamu. kamu kena lah berdoa banyak pada Dia. kamu mohon segala galanya pada Dia. sebab itu, nak exam ni petua dia... STUDY SMART and PRAY HARDER!"

itu dua perkara yang sangat masuk dalam otak aku waktu seminar terakhir semester ni. aku nak final exam ni kawan kawan. doakan aku. mana yang terlebih atau terkurang, kasar dari batin dan zahir, mintak ampun. mintak halal.

doakan aku moga modal dari KWSP aku ni kembali berbalik pada aku dengan nilai berlipat ganda mungkin? =) dan macam biasa, sesi balik rumah Ipoh aku jadikan amalan. beramah mesra dengan orang tua aku, mintak doakan sekali. kebetulan pulak ada sesi bercuti tahunan bersama family, tak kan aku sia siakan. Ipoh, minggu ni kita jumpa. insyaAllah.

kembali nanti

February 25, 2012

February 23, 2012

jadikan ia pendek!

tadi, baru jap tadi.

macam ada banyaaaaakkkkkkkkkk sangat benda nak cakap. soal diri, kawan kawan, orang sekeliling. tapi sekarang....?
aihh.. mana pegi semua ayat. memang ada nak tulis. tadi la, tadi.
takpe. make it short.


TERIMA KASIH BAWAK MAKAN SEDAP TADI. BELANJA SAYA BANTAL KEKABU PAKCIK TEMPANG TAPI BAIK HATI. TERIMA KASIH JADI ORANG YANG SENTIASA "AVAILABE" UNTUK PENUHKAN RUANG HATI. TERIMA KASIH SEBAB TAMBAHKAN KOLEKSI BEG DUETER SAYA. (ok, tu kita baru plan. make sure it ok Sayang? HAHAHA)

tau dah, tadi sebab nak ucap terima kasih je. mari kembali study. test IMD Ahad ni!

kembali nanti